Thursday, 24 May 2018

Apps GPS Tracker Flitztrack FT200

Ni lah dia Apps GPS Tracker FlitzTrack untuk korang monitor lokasi semasa kenderaan korang.

Korang nak tgk history dia pun boleh. Korang boleh playback sampai ke 90hari yang lepas.

Korang download la kat playstore masing2 app ni. Available di Apps Store dan Google Play

Apa-apa hal kasi roger kami

Nak pasang gps di kenderaan anda, boleh hubungi kami segera

Wednesday, 23 May 2018

Testimoni : Pemasangan GPS Tracker Flitztrack FT200 di Bas Queen Ekspress

Hmmm... hari ni besar sikit

Pemasangan gps tracker di bas-bas Queen Express

Senang la lepas ni pihak syarikat nak monitor pergerakan serta laluan bas mereka
Penumpang pun akan lebih selamat

Eh... sapa yang belum beli tiket balik raya ni jangan lupa ya beli cepat2...dengar2 mcm dah nak habis...

Beli tiket queen express ya...

FlitzTrack Tracker Expert

Nak pasang gps di kenderaan anda, boleh hubungi kami segera
011 5350 0440
011 5350 0440

Boleh juga whatsapp kami di link di atas


Tuesday, 22 May 2018

Testimoni : Pemasangan GPS Tracker Flitztrack di Motor Yamaha FZ150i

Alhamdulillah,

Jauh di mata dekat di hati

Seronok kan kalau semua kenderaan kita dapat tracking & tengok mcm ni

Tenang jer rasa... best...

FlitzTrack Tracker Expert

Nak pasang gps di kenderaan anda, boleh hubungi kami segera
011 5350 0440
011 5350 0440

Boleh juga whatsapp kami di link di atas


Monday, 21 May 2018

Testimoni : Pemasangan GPS Tracker Flitztrack FT200 di Perodua Myvi

Selesai pemasangan gps tracker di kereta myvi. 

Hari ni hari RABU tau.

Owner tak perlu risau kete kena curi dah.

Semuanya di hujung jari anda.

FlitzTrack Tracker Expert

Nak pasang gps di kenderaan anda, boleh hubungi kami segera
011 5350 0440
011 5350 0440

Boleh juga whatsapp kami di link di atas


Sunday, 20 May 2018

Testimoni : Pemasangan di Kia Forte GPS Tracker Flitztrack FT200

PEMASANGAN DI KIA FORTE PELANGGAN KAMI.

Alhamdulillah semalam baru pasang gps tracker Flitztrack untuk pelanggan kami untuk kereta Kia Forte.

Nak pasang gps di kenderaan anda, boleh hubungi kami segera

Saturday, 19 May 2018

PROMOSI GPS TRACKER FLITZTRACK FT200



DAPATKAN GPS TRACKER FLITZTRACK FT200 DENGAN HARGA SERENDAH RM350 TIDAK TERMASUK PEMASANGAN!!! SMS "PROMO FT200" KE 011 5350 0440 SEKARANG!!

GPS Tracker Flitztrack FT200 - Mengesan Kedudukan Melalui Web Based System, Apps dan juga sistem SMS.
★ BOLEH KESAN KEDUDUKAN KERETA/ANAK-ANAK/IBUBAPA HANYA MELALUI APPS
★ KOS SMS SERENDAH 5 SEN SAHAJA
★ BOLEH KESAN SPEED KENDERAAN JIKA ANAK-ANAK NAIK LAJU
★ BOLEH MENGESAN GEGERAN PADA KERETA (JIKA PENCURI PECAHKAN CERMIN)
★ BOLEH LIHAT LOKASI-LOKASI YANG TELAH LEPAS.
★ BATERI TAHAN LAMA

---------------------------------------------------
SIAPA YANG MEMERLUKAN GPS TRACKER?
---------------------------------------------------
1. Pemilik kenderaan.
2. Pengusaha kereta sewa bagi memastikan lokasi kereta berada di kawasan yang selamat.
3. Pengusaha bas bagi memastikan lokasi bas berada di kawasan yang selamat.
4. Kereta yang selalu di pinjam oleh saudara mara atau rakan-rakan.
5. Seorang isteri bagi memastikan suami yang selalu outstation memang betul outstation atau balik rumah isteri no 2.
6. Seorang suami bagi memastikan isteri tidak curang keluar dating dengan lelaki lain.
7. Ibubapa yang sayang kepada anak-anak bagi memastikan keselamatan anaknya setiap masa kerana kes culik anak gadis dan kanak-kanak semakin berleluasa.
8. Pemilik motorsikal yang risau motor mereka hilang ketika parking di pusat beli belah dan sebagainya.

-----------------------------
APA ITU GPS TRACKER?
-----------------------------
1. GPS Tracker adalah satu alat / peranti terkini di dalam sector produk keselamatan.
2. Kegunaan UTAMA adalah bagi mengesan dan menjejak / kordinat sesuatu objek seperti kenderaan dan juga perseorangan.
3. Dengan hanya mengesan melalui apps, web based system, anda boleh memantau kedudukan melalui telefon, tablet PC dan desktop komputer (Google Maps).

-------------------------------------------------
BAGAIMANA GPS TRACKER BERFUNGSI?
-------------------------------------------------
1. GPS Tracker berfungsi menggunakan sistem GPS dan GSM (SIM Card Postpaid/Prepaid sama Celcom, Maxis, Digi, TuneTalk dan lain-lain).
Fungsi GPS: Penentu kordinat / lokasi.
Fungsi GSM: Menghantar pesanan (SMS) lokasi GPS Tracker kepada tuan milik.
2. Anda perlu mempunyai satu simcard tidak kisah mana2 telco sekalipun (Celcom, Maxis, Digi, TuneTalk dan sebagainya)
3. Masukkan simcard tersebut ke dalam GPS Tracker dan Switch On kan alat tersebut sehingga LED Light berkelip2 menandakan GPS Tracker anda sedang mencari mencari signal dari satelit, biasanya ia mengambil masa beberapa minit.
4. Monitor kenderaan anda di system kami dan juga apps. Juga boleh mengesan kenderaan melalui sms sahaja.

--------------------------------------------
CARA PEMASANGAN GPS TRACKER?
--------------------------------------------
Cara pemasangan GPS Tracker bergantung kepada tujuan dan penggunaan pemilik.
1. Pasang secara kekal pada kenderaan.
Memerlukan pendawaian pada kenderaan anda. Boleh pasang di mana2 kedai aksesori kereta yang berpengalaman atau boleh mendapatkan khidmat pemasangan dari kami.
2. Mudah alih (portable)

-------------------------------------------
CARA MEMASTIKAN GPS TRACKER BERFUNGSI DENGAN BAIK
-------------------------------------------
1. Pastikan simcard di dalam GPS Tracker mempunyai kredit yang mencukupi.
2. Pastikan tarikh simcard di dalam GPS Tracker masih aktif
3. GPS Tracker hanya berfungsi di kawasan yang mempunyai liputan talian yang GPS Tracker gunakan ( Celcom, Maxis, Digi, TuneTalk dan lain-lain). Mengikut statistik, hampir 95% rangkaian di Semenanjung Malaysia ada rangkaian telefon.
PACKAGE CONTENTS:
GPS Tracking Device x 1
Relay 12v x 1
Wire for installation to vehicle x 1
English User Guide x 1
Warranty Card x 1

==========================
NAK DAPATKAN PROMOSI GILA2 KAMI MELALUI SMS, IKUT LANGKAH2 DI BAWAH.
==========================
>> Comment “SAYA NAK” di bawah untuk dapatkan harga discount dari kami.
>> kemudian SMS "PROMO FT200" ke 011 5350 0440
>> buat pembayaran dengan SEGERA.

SOALAN DAN JAWAPAN
=============================
S: Alat ni kena pakai Sim Card ker?
J: Ya, sudah tentu, jika tak pakai Sim Card, macam mana GPS Tracker nak pakai data jika kita nak tahu kedudukannya. Data yang GPS Tracker kami guna hanya sedikit sahaja. Mengikut pengalaman kami, top up RM 50 untuk sim card Tune Talk, boleh tahan sehingga setahun mengikut kegunaan kita. Jika sekadar tengok kereta melalui apps sahaja, memang tahan.
S: Kena topup tiap2 bulan ker?
J: Tidak perlu topup tiap2 bulan, contoh kalau pakai TuneTalk, masa beli simcard, bagitau dekat tuan kedai, kata nak aktivekan simcard selama setahun. Kena bayar RM18 utk aktivekan setahun, duit tu kira hangus lah..pastu topup la RM50.00. Mengikut pengalaman kami, RM 50 memang boleh tahan selama setahun. Jika mahu top up RM 10 pun boleh, tapi akan tahan 2 - 3 bulan atas penggunaan. Kami pun ada jual sim card TuneTalk. Boleh hubungi kami untuk membelinya.
S: Susah tak cara nak pasangnya?
J: Tak susah sebab biasanya pemasangan hanya memerlukan 30 minit sahaja. Boleh gunakan khidmat kami untuk pemasangan dan kami akan buat DEMO terus selepas itu.
S: warranty berapa lama bro?
J: warranty selama setahun dari kami selaku stokis Flitztrack yang berdaftar. Replace one to one jika kerosakan bukan sebab salah pemasangan, bencana alam, terpotong wire semasa pemasangan.
S: ada kos kena bayar lagi ke?
J: kos lain yang terlibat hanyalah RM 30 selepas setahun untuk kos maintenance server dan juga apps

Nak pasang gps tracker di kenderaan anda, boleh hubungi kami segera
011 5350 0440
011 5350 0440

Boleh juga whatsapp kami di link di atas






Friday, 18 May 2018

KELEBIHAN GPS TRACKER


Assalamualaikum.

Di sini saya ingin menerangkan apa dan bagaimana GPS TRACKER bekerja.

Pastinya ramai yang sudah membaca iklan GPS tracker. Saya akan cuba menyampaikan secara sporting

1. APA ITU GPS TRACKER
GPS tracker adalah sebuah alat pengesan.Terutama yang berhubungan dengan lokasi.
Dan alat pengesan ini boleh digunakan pada semua kenderaan seperti kereta , motosikal. ia juga boleh digunakan pada manusia yang biasa disebut human tracking

2. BAGAIMANA GPS TRACKER BEKERJA
GPS beroperasi dengan jaringan GSM,GPRS,dll.

3. KELEBIHAN GPS TRACKER
-Tidak menggunakan operator atau pihak ketiga.Dalam hal ini kita sebut D to D (devise to device). Jadi anda boleh memantau kendaraan anda dengan sendiri,tanpa bergantung dengan operator.Dan pasti boleh dijamin keamanan data report kenderaan. karena hanya owner yang tahu (privacy lebih terjaga).
-kos murah.Karena pengesanan hanya menggunakan sistem SMS, web based dan juga monitor di apps kami. Jadi pemantauan boleh dilakukan walaupun menngunakan Hp yang murah sekalipun. Dan tentunya tanpa komitmen bulanan

Nak pasang gps tracker di kenderaan anda, boleh hubungi kami segera
011 5350 0440
011 5350 0440

Boleh juga whatsapp kami di link di atas





Wednesday, 16 May 2018

Pencuri kereta diberkas di Brunei



Sumber : Media Permata

Alat GPS Tracker kami sesuai untuk semua jenis kereta dan available di semua kereta di mana sahaja anda berada

Nak pasang gps tracker di kenderaan anda, boleh hubungi kami segera
011 5350 0440
011 5350 0440

Boleh juga whatsapp kami di link di atas

Tuesday, 15 May 2018

10 Cara Mudah Mengelakkan Kecurian Kereta Anda


Kes-kes jenayah seperti ragut, samun dan sindiket mencuri kereta mewah seringkali kita dengar sama ada di tv mahupun di dada akhbar. Percaya atau tidak, kes kecurian kereta ni selalunya berlaku akibat kecuaian pemilik kenderaan itu sendiri. Kadang-kadang si pencuri hanya menunggu masa jer supaya kerja mereka lebih mudah dan licin.

Sebelum statistik kecurian kereta ni makin bertambah, ada baiknya saya kongsikan dengan anda 9 cara mudah bagi mengelakkan kecurian kereta sebagai panduan bersama:

1. Kunci pintu dan tutup cermin rapat-rapat
Bila anda keluar dari kereta sama ada sekejap ataupun lama jangan lupa mengunci pintu dan tutuplah cermin kereta sampai rapat.
Jikalau meletakkan kenderaan (walau di mana-mana anda berada) pun sama gak. Walaupun benda ni nampak remeh, kecuaian sebegini membuatkan tugas si pencuri semakin mudah a-b-c.
Sebagai tambahan, pasanglah alat keselamatan tambahan seperti mengunci stereng dan clutch.

2. Elakkan menyimpan kunci pendua dalam kereta
Sebaik-baiknya carilah tempat lain. Kalau boleh di tempat yang sukar dijangka oleh individu lain. Hanya anda (dan ahli keluarga yang boleh dipercayai) saja yang tahu.

3. Sentiasa mematikan enjin
Kalau anda atau pemandu tidak berada dalam kereta, matikanlah enjin tu. Banyak kes kecurian kereta yang pernah terjadi akibat membiarkan enjin hidup tanpa pengawasan.
Lebih-lebih lagi kalau tengah mencari barang kat dalam stesen minyak ataupun beli buah durian kat tepi jalan tu, berwaspadalah yer.
Silap-silap haribulan, tengah panaskan enjin kat rumah pun boleh kena kebas tau. Huhuhu... menangis tak berlagu lar.

4. Jangan simpan barang berharga
Mungkin ramai di antara anda yang menyimpan laptop, kamera digital/dslr, handphone (ni kadang2 tertinggal) ataupun barangan berharga lain dalam kereta. Terutamanya mereka yang "gila"kan gadget elektronik nih.
Seboleh-bolehnya, elakkan menyimpannya. Sebab sekarang ni macam-macam perkara tak terduga akan terjadi. Pada kita, memanglah takder hal.
Tapi bagi individu yang terdesak, gian ataupun dah memang kerjanya mencuri, inilah masa untuk melaksanakan "projek" mereka.

5. Memasang sistem penggera keselamatan
Saya percaya kebanyakan anda memang dah pasang sistem penggera keselamatan ni. Apa yang lebih penting, pastikan ianya berfungsi bukan sekadar "action" jer.
Jika berkemampuan, anda boleh mendapatkan sistem keselamatan yang lebih efisien.

6. Langkah berjaga pada malam hari
Waktu malam ni anda perlulah lebih berhati-hati. Antara langkah berjaga-jaga yang boleh diambil adalah:
a. Letak kereta anda di kawasan yang terang menerang atau sekurang-kurangnya ada lampu jalan.
b. Elakkan letak kenderaan di kawasan sunyi, jauh daripada laluan orang ramai ataupun kawasan hitam (banyak rekod kecurian).
c. Ataupun boleh letak di kawasan yang ada pengawal ataupun atendan. Keselamatan lebih terjamin sikit.

7. Jangan mudah percayai orang yang tidak dikenali
Biasanya anda akan menghantar kenderaan ke bengkel untuk servis ataupun membaikpulih sebarang kerosakan. Kalau anda kenal dengan mekanik tu dan beliau boleh dipercayai, mungkin tak risau sangat.
Tapi kalau waktu kecemasan (tetiba jer pulak buat hal), ni yang susah sikit. Terpaksalah cari bengkel terdekat yang tak pernah langsung anda dikunjungi.
Sebaiknya anda pantaulah kerja mereka. Manalah tau kalau-kalau diorang ambil kesempatan. Buat kunci pendua ker, rembat barang berharga dalam kereta ker dan macam-macam lagilah.
Lagi satu, jangan senang-senang menyerahkan kunci kat jockey. Bukannya kita nak syak wasangka, tetapi beringatlah sebelum kena.

8. Mengukir nombor pendaftaran kat cermin
Sebagai langkah keselamatan, anda boleh mengukir nombor pendaftaran kat cermin pintu kereta anda. Kalau tak silap, yang gunakan teknik sandblasting tue.

9. Jangan lupa untuk berdoa
Rasanya bab nie kita seringkali terlupa. Pelbagai usaha dan ikhtiar dah kita buat. Maklumlah dah pasang sistem keselamatan canggih-manggih, "lock" sana sini dan siap upah pengawal lagi. Pendek kata, bab "security" memang tip top lah. Tapi masih ada gak yang kena curik. Isyhh...
Pada pandangan sayalah kan, usaha mesti disusuli dengan doa. Janganlah kedekut untuk memohon doa pada Maha Kuasa agar diri dan harta benda kita selamat di dunia dan akhirat, ok. 

10. Memasang Alat Keselamatan GPS Tracker
Dengan anda invest sedikit untuk sistem keselamatan GPS Tracker, anda dapat menyelamatkan kereta anda. Masih belum terlambat untuk anda bertindak sekarang!!!

Nak pasang gps tracker di kenderaan anda, boleh hubungi kami segera
011 5350 0440
011 5350 0440

Boleh juga whatsapp kami di link di atas