Sunday, 13 May 2018

8 MODEL MOTORSIKAL PALING PANAS DAN KERAP DICURI DI MALAYSIA

(GAMBAR) AWAS!!! 8 MODEL MOTORSIKAL PALING PANAS DAN KERAP DICURI DI MALAYSIA….MOTORSIKAL KORANG MACAMANA???

Setiap tahun, statistik kecurian motorsikal jauh meninggalkan jumlah kecurian kenderaan lain. Berita baiknya, semenjak tahun 2011 sehinggalah 2016, jumlah kecurian motorsikal menunjukkan penurunan yang mendadak berbanding kenderaan lain. Jika dibandingkan statistik pada tahun 2011 yang merekodkan lebih 21 ribu kes kecurian motorsikal, angka itu turun separuh kepada hanya 10,054 kes pada tahun 2016.

Persoalannya, apa model panas dalam kecurian motorsikal ini? Tidak ada banyak data yang mampu menjelaskan perkara ini kerana statistik kes kecurian motorsikal tidak selengkap statistik untuk kereta, namun kita bernasib baik kerana ada sedikit data dari PIAM berkenaan model-model motorsikal panas yang kerap dicuri.

Berikut adalah 8 motorsikal panas yang kerap dicuri dan dilaporkan pada sukur pertama tahun 2015 di negara kita. Harap ini boleh menjadi indikator kepada anda atas kekurangan maklumat yang ada tentang kecurian motorsikal.

1. Honda (Others)
Tidak ada maklumat jelas tentang model apa yang dimaksudkan dan sebanyak 745 unit telah dicuri dalam tempoh suku pertama tahun 2015. Banyak tu.

2. Honda C100
615 kes kecurian

3. Yamaha LC135
320 kes kecurian

4. Yamaha Royal Star
316 unit kecurian

5. Yamaha (Others)
Kami tak ada maklumat tambahan tentang model apakah sebenarnya yang dimaksudkan, tetapi kami merasakan ini adalah model-model campuran motorsikal Yamaha SS Two dan sudah pastilah model paling lejen antara semua model Yamaha iaitu Yamaha RXZ. Sebanyak 137 kes dilaporkan dalam tempoh itu.

6. Yamaha Y125
128 kecurian

7. Honda ANF100
Honda ANF100 adalah kod nama bagi Honda Wave. Sebanyak 94 kes kecurian telah berlaku melibatkan model tersebut.

8. Yamaha Lagenda
91 kes kecurian

Sumber : Vehicle Theft Reduction Council of Malaysia Berhad , Warta HudHud, Forum Cari

Nak pasang gps tracker di motorsikal anda, boleh hubungi kami segera
011 5350 0440
011 5350 0440

Boleh juga whatsapp kami di link di atas










No comments:

Post a Comment