Showing posts with label 10 cara elak kereta dicuri. Show all posts
Showing posts with label 10 cara elak kereta dicuri. Show all posts

Saturday, 2 June 2018

NORA, SAPE BAWA KERETA KAU? KERETA HILANG KETIKA DI PEJABAT TANPA DISEDARI.



NORA, SAPE BAWA KERETA KAU?
KERETA HILANG KETIKA DI PEJABAT TANPA DISEDARI.
.
Setiap pagi Nora masuk kerja jam 8.30AM. Macam biasa la sebelum ke tempat kerja siapkan anak-anak, sediakan sarapan dan hantar anak ke nursery dan sekolah.
.
Di jadikan cerita pagi tu terlambat pula bangun jam 7AM, bergegas siapkan semua dan sampai ofis jam 9AM.
.
Sampai je kat parking ofis, parking pula susah nak cari sebab dah lambat. Ada la jumpa parking di hujung bangunan. Tempat agak sunyi, tambahan pula CCTV tiada kawasan tu.
.
Nora apa lagi terus memecut kereta dan parking baik punya reverse. Keluar kereta dan bergegas masuk ofis. Dalam kepala duk pikir apa la nak jawab kat bos ni.
.
Tengah-tengah kerja tiba-tiba teringat kereta macam lupa tekan alarm lock tadi. Jam menunjukkan hampir 1PM. Nora tunggu je la sampai waktu rehat untuk tengok kereta.
.
Tepat jam 1PM nora keluar untuk tengok kereta bersama kawan. Maklumla takut sebab tempat sunyi. Dah sampai lokasi parking, tengok kosong je. Bermain di fikiran nora salah parking ke? Tak mungkin!! SAH memang kereta HILANG.
.
Nak tengok CCTV tak ada. Nora terus ke balai polis untuk buat laporan tentang kehilangan kereta.
.
Berapa lama proses untuk cari kereta hilang? Berapa percent kereta yang hilang dijumpai semula? Redha je la nora.
.
NAK ELAK KERETA HILANG DAN DAPAT LOKASI KERETA DENGAN SEGERA? FT200 GPS tracker dapat membantu nora.
.
Klik link di bawah jika berminat.
http://flitzn9.wasap.my
http://flitzn9.wasap.my
http://flitzn9.wasap.my
.
ATAU
.
TINGGALKAN NO WHATSAPP
TINGGALKAN NO WHATSAPP
TINGGALKAN NO WHATSAPP
.
#flitztrack #elakcuri #lokasisegera #geofence #flitz #gpstracker #gps

Tuesday, 15 May 2018

10 Cara Mudah Mengelakkan Kecurian Kereta Anda


Kes-kes jenayah seperti ragut, samun dan sindiket mencuri kereta mewah seringkali kita dengar sama ada di tv mahupun di dada akhbar. Percaya atau tidak, kes kecurian kereta ni selalunya berlaku akibat kecuaian pemilik kenderaan itu sendiri. Kadang-kadang si pencuri hanya menunggu masa jer supaya kerja mereka lebih mudah dan licin.

Sebelum statistik kecurian kereta ni makin bertambah, ada baiknya saya kongsikan dengan anda 9 cara mudah bagi mengelakkan kecurian kereta sebagai panduan bersama:

1. Kunci pintu dan tutup cermin rapat-rapat
Bila anda keluar dari kereta sama ada sekejap ataupun lama jangan lupa mengunci pintu dan tutuplah cermin kereta sampai rapat.
Jikalau meletakkan kenderaan (walau di mana-mana anda berada) pun sama gak. Walaupun benda ni nampak remeh, kecuaian sebegini membuatkan tugas si pencuri semakin mudah a-b-c.
Sebagai tambahan, pasanglah alat keselamatan tambahan seperti mengunci stereng dan clutch.

2. Elakkan menyimpan kunci pendua dalam kereta
Sebaik-baiknya carilah tempat lain. Kalau boleh di tempat yang sukar dijangka oleh individu lain. Hanya anda (dan ahli keluarga yang boleh dipercayai) saja yang tahu.

3. Sentiasa mematikan enjin
Kalau anda atau pemandu tidak berada dalam kereta, matikanlah enjin tu. Banyak kes kecurian kereta yang pernah terjadi akibat membiarkan enjin hidup tanpa pengawasan.
Lebih-lebih lagi kalau tengah mencari barang kat dalam stesen minyak ataupun beli buah durian kat tepi jalan tu, berwaspadalah yer.
Silap-silap haribulan, tengah panaskan enjin kat rumah pun boleh kena kebas tau. Huhuhu... menangis tak berlagu lar.

4. Jangan simpan barang berharga
Mungkin ramai di antara anda yang menyimpan laptop, kamera digital/dslr, handphone (ni kadang2 tertinggal) ataupun barangan berharga lain dalam kereta. Terutamanya mereka yang "gila"kan gadget elektronik nih.
Seboleh-bolehnya, elakkan menyimpannya. Sebab sekarang ni macam-macam perkara tak terduga akan terjadi. Pada kita, memanglah takder hal.
Tapi bagi individu yang terdesak, gian ataupun dah memang kerjanya mencuri, inilah masa untuk melaksanakan "projek" mereka.

5. Memasang sistem penggera keselamatan
Saya percaya kebanyakan anda memang dah pasang sistem penggera keselamatan ni. Apa yang lebih penting, pastikan ianya berfungsi bukan sekadar "action" jer.
Jika berkemampuan, anda boleh mendapatkan sistem keselamatan yang lebih efisien.

6. Langkah berjaga pada malam hari
Waktu malam ni anda perlulah lebih berhati-hati. Antara langkah berjaga-jaga yang boleh diambil adalah:
a. Letak kereta anda di kawasan yang terang menerang atau sekurang-kurangnya ada lampu jalan.
b. Elakkan letak kenderaan di kawasan sunyi, jauh daripada laluan orang ramai ataupun kawasan hitam (banyak rekod kecurian).
c. Ataupun boleh letak di kawasan yang ada pengawal ataupun atendan. Keselamatan lebih terjamin sikit.

7. Jangan mudah percayai orang yang tidak dikenali
Biasanya anda akan menghantar kenderaan ke bengkel untuk servis ataupun membaikpulih sebarang kerosakan. Kalau anda kenal dengan mekanik tu dan beliau boleh dipercayai, mungkin tak risau sangat.
Tapi kalau waktu kecemasan (tetiba jer pulak buat hal), ni yang susah sikit. Terpaksalah cari bengkel terdekat yang tak pernah langsung anda dikunjungi.
Sebaiknya anda pantaulah kerja mereka. Manalah tau kalau-kalau diorang ambil kesempatan. Buat kunci pendua ker, rembat barang berharga dalam kereta ker dan macam-macam lagilah.
Lagi satu, jangan senang-senang menyerahkan kunci kat jockey. Bukannya kita nak syak wasangka, tetapi beringatlah sebelum kena.

8. Mengukir nombor pendaftaran kat cermin
Sebagai langkah keselamatan, anda boleh mengukir nombor pendaftaran kat cermin pintu kereta anda. Kalau tak silap, yang gunakan teknik sandblasting tue.

9. Jangan lupa untuk berdoa
Rasanya bab nie kita seringkali terlupa. Pelbagai usaha dan ikhtiar dah kita buat. Maklumlah dah pasang sistem keselamatan canggih-manggih, "lock" sana sini dan siap upah pengawal lagi. Pendek kata, bab "security" memang tip top lah. Tapi masih ada gak yang kena curik. Isyhh...
Pada pandangan sayalah kan, usaha mesti disusuli dengan doa. Janganlah kedekut untuk memohon doa pada Maha Kuasa agar diri dan harta benda kita selamat di dunia dan akhirat, ok. 

10. Memasang Alat Keselamatan GPS Tracker
Dengan anda invest sedikit untuk sistem keselamatan GPS Tracker, anda dapat menyelamatkan kereta anda. Masih belum terlambat untuk anda bertindak sekarang!!!

Nak pasang gps tracker di kenderaan anda, boleh hubungi kami segera
011 5350 0440
011 5350 0440

Boleh juga whatsapp kami di link di atas