TIPS KESELAMATAN PENCEGAHAN KECURIAN KENDERAAN
Pada kali ini Jabatan Siasatan Jenayah D4 mengongsikan tips mencegah kecurian kenderaan daripada berlaku. Terdapat beberapa kaedah yang digunakan oleh pencuri untuk mencuri kenderaan bermotor termasuklah:
1. Kecurian kenderaan yang tidak diawasi tanpa kunci
Kenderaan yang diparkir dicuri sama ada dengan memecah masuk kenderaan diikuti dengan pendawaian panas (memintas pendawaian suis penghidup) untuk menghidupkan enjin, ataupun dengan menunda kenderaan tersebut.
2. Kecurian dengan capaian kunci
Juga dikenali sebagai "Diambil Tanpa Kebenaran Pemilik". Penggunaan kenderaan yang tidak dibenarkan di mana pemilik membenarkan pemandu menyimpan kunci. Biasanya kes ini melibatkan anak atau pekerja kepada pemilik kenderaan yang mana, dalam beberapa keadaan, dibenarkan untuk menggunakan kenderaan.
3. Kecurian oportunis
Kecurian kenderaan yang pemiliknya meninggalkan kunci pada kenderaan tanpa pengawasan, ada kalanya dengan enjin masih lagi hidup.
4. Rampasan kereta
Merujuk kepada pengambilan kenderaan dengan menggunakan kekerasan atau paksaan terhadap pemandu atau pemiliknya. Di kebanyakan tempat, ia merupakan satu bentuk jenayah berat kerana melibatkan serangan. Dalam beberapa rampasan kereta, pemandu dan penumpangnya dipaksa keluar dari kenderaan sementara pencuri itu memandunya sendiri ke tempat lain, sementara dalam insiden lain pula pemandu serta penumpang dipaksa tinggal di dalam kenderaan sebagai tebusan.
Dalam beberapa kes curi kenderaan yang jarang berlaku pula, pemandu dipaksa memandu ke tempat yang diarahkan oleh penyerang. Kaedah ini digunakan apabila penyerang tidah tahu mengendalikan kenderaan pilihan (seperti helikopter atau kapal terbang).
5. Kecurian penyelewengan
Pemilikan kenderaan haram daripada pemandu melalui pemindahan wang palsu yang mana penjualnya tidak akan memperolehinya (seperti kecurian identiti ataupun penggunaan cek tak laku). Kebanyakan kenderaan yang dicuri menggunakan kaedah ini dijual seberapa segera
Source : Jabatan Siasatan Jenayah D4
Nak pasang gps di kenderaan anda, boleh hubungi kami segera
011 5350 0440
011 5350 0440
011 5350 0440
Boleh juga whatsapp kami di link di atas
#gpstracker
#sayajualgpstracker
#gpstrackerkl
#cargpstracker
#motorgpstracker
#gpstrackerkereta
#vehiclegpstracker
#gpstrackermalaysia
#flitztrack
#sayajualgpstracker
#gpstrackerkl
#cargpstracker
#motorgpstracker
#gpstrackerkereta
#vehiclegpstracker
#gpstrackermalaysia
#flitztrack
No comments:
Post a Comment