Sunday, 13 May 2018

8 MODEL MOTORSIKAL PALING PANAS DAN KERAP DICURI DI MALAYSIA

(GAMBAR) AWAS!!! 8 MODEL MOTORSIKAL PALING PANAS DAN KERAP DICURI DI MALAYSIA….MOTORSIKAL KORANG MACAMANA???

Setiap tahun, statistik kecurian motorsikal jauh meninggalkan jumlah kecurian kenderaan lain. Berita baiknya, semenjak tahun 2011 sehinggalah 2016, jumlah kecurian motorsikal menunjukkan penurunan yang mendadak berbanding kenderaan lain. Jika dibandingkan statistik pada tahun 2011 yang merekodkan lebih 21 ribu kes kecurian motorsikal, angka itu turun separuh kepada hanya 10,054 kes pada tahun 2016.

Persoalannya, apa model panas dalam kecurian motorsikal ini? Tidak ada banyak data yang mampu menjelaskan perkara ini kerana statistik kes kecurian motorsikal tidak selengkap statistik untuk kereta, namun kita bernasib baik kerana ada sedikit data dari PIAM berkenaan model-model motorsikal panas yang kerap dicuri.

Berikut adalah 8 motorsikal panas yang kerap dicuri dan dilaporkan pada sukur pertama tahun 2015 di negara kita. Harap ini boleh menjadi indikator kepada anda atas kekurangan maklumat yang ada tentang kecurian motorsikal.

1. Honda (Others)
Tidak ada maklumat jelas tentang model apa yang dimaksudkan dan sebanyak 745 unit telah dicuri dalam tempoh suku pertama tahun 2015. Banyak tu.

2. Honda C100
615 kes kecurian

3. Yamaha LC135
320 kes kecurian

4. Yamaha Royal Star
316 unit kecurian

5. Yamaha (Others)
Kami tak ada maklumat tambahan tentang model apakah sebenarnya yang dimaksudkan, tetapi kami merasakan ini adalah model-model campuran motorsikal Yamaha SS Two dan sudah pastilah model paling lejen antara semua model Yamaha iaitu Yamaha RXZ. Sebanyak 137 kes dilaporkan dalam tempoh itu.

6. Yamaha Y125
128 kecurian

7. Honda ANF100
Honda ANF100 adalah kod nama bagi Honda Wave. Sebanyak 94 kes kecurian telah berlaku melibatkan model tersebut.

8. Yamaha Lagenda
91 kes kecurian

Sumber : Vehicle Theft Reduction Council of Malaysia Berhad , Warta HudHud, Forum Cari

Nak pasang gps tracker di motorsikal anda, boleh hubungi kami segera
011 5350 0440
011 5350 0440

Boleh juga whatsapp kami di link di atas










Saturday, 12 May 2018

Jika kereta anda mengalami kerosakan atau dicuri di parkir valet… Siapa bayar?

Jika kereta anda mengalami kerosakan atau dicuri di parkir valet… Siapa bayar?

Pernahkah anda terfikir: Semasa meletakkan kereta anda di parkir valet, anda menyerahkan kunci kepada orang yang anda tidak kenali langsung di mana ia akan menyerah kembali kunci tersebut kepada sesiapa yang mempunyai tiket parkir (biasanya kita) dan bayar tanpa mengetahui identiti ‘pemilik’ kereta itu.

Bagaimana sekiranya kereta anda dirosakkan oleh seseorang yang tidak anda ketahui? Atau kereta anda dicuri oleh orang lain yang menjumpai tiket parkir anda?

Pasti anda mahu mengetahuinya lebih lanjut, bukan? Jika ya, ini menunjukkan anda merupakan seseorang yang tidak mengambil remeh tentang hal ini. Kereta anda kemungkinan boleh dirosakkan oleh orang yang tidak bertanggungjawab atau lebih teruk, dicuri. Kereta mewah Mercedes kepunyaan seorang ahli perniagaan telah dicuri di parkir valet di sebuah mall; rakaman CCTV menunjukkan si pencuri bercakap-cakap dengan operator valet, mengambil kunci yang diserahkan, dan memandu pergi dengan begitu sahaja.

Jadi, siapa yang bertanggungjawab?
Bergantung kepada keadaan, anda boleh menuntut pampasan daripada 4 pihak ini:
1. Valet yang memandu kereta anda
2. Syarikat valet itu
3. Operator bangunan; atau
4. Pihak ketiga yang merosakkan/mencuri kereta anda

Sumber : AskLegal

Nak pasang gps tracker di kenderaan anda, boleh hubungi kami segera
011 5350 0440
011 5350 0440


Boleh juga whatsapp kami di link di atas



Wednesday, 9 May 2018

Kurang Peluang Kecurian Dengan Alat Pencegah



Kurang Peluang Kecurian Dengan Alat Pencegah

Peluang berlaku kecurian boleh dikurangkan dengan menggunakan pelbagai alat pencegah, yang berupaya memberi impresi kepada pencuri bahawa dia akan ditangkap dengan mudah sekiranya kenderaan dicuri, antaranya termasuklah:

a. Sistem penggera kereta yang diaktifkan apabila kenderaan dipecah masuk

b. Memasang suis pemati enjin untuk menyusahkan pencuri untuk menghidupkan enjin. Suis tersebut boleh dipasang di bahagian penting sistem penyalaan ataupun sistem bahan api. Kereta tidak boleh dihidupkan selagi suis pemati enjin tersebut belum dihidupkan. Ada juga pemilik kenderaan yang menyembunyikan suis pemati enjin di kawasan tersembunyi seperti di bawah papan pemuka, di bawah kerusi, dsb.

c. Menggores nombor siri kenderaan (VIN) pada cermin kereta.

d. Memasang penjejak GPS samaada yang dijual khas atau telefon bimbit yang telah diubah suai untuk menjejak kedudukan kereta yang dicuri atau lupa diletakkan di mana.

Bukan itu sahaja, mungkin ada juga yang menyamar sebagai wakil dari pihak bank untuk merampas kenderaan anda, dan tanpa anda sedar, anda sudah tertipu oleh mereka. Walau apa pun, pastikan keselamatan anda, dan bila rasa tidak selamat, bolehlah segera menghubungi pihak berwajib. – Siakap Keli

Nak pasang gps di kenderaan anda, boleh hubungi kami segera
011 5350 0440
011 5350 0440

Boleh juga whatsapp kami di link di atas



Tuesday, 8 May 2018

Salah Satu Features di Flitztrack FT200 GPS Tracker

Salah satu lagi features di Flitztrack FT200:-

1. Drive mileage report

Kita boleh tahu data ‘driving mileage’ sama ada dalam tempoh tertentu, seminggu, sehari, sebulan dan sebagainya.

Gambar di bawah merupakan dashboard untuk drive mileage di Flitztrack kami.

Nak pasang di kenderaan anda, boleh hubungi kami segera
011 5350 0440
011 5350 0440

Boleh juga whatsapp kami di link di atas



Monday, 7 May 2018

Langkah Pencegahan Kecurian Kenderaan

Langkah Pencegahan Kecurian Kenderaan

Pihak PDRM telah mengariskan beberapa langkah pencegahan bagi mengelakan kecurian kenderaan berlaku. Antaranya termasuklah halangan fizikal, yang menjadikan cubaan mencuri lebih sukar. Seperti :

a. Menggunakan peranti yang mengunci bahagian kenderaan yang diperlukan untuk mengendalikannya, seperti roda, stereng atau injak brek.

b. Memasang pelumpuh yang hanya membenarkan kenderaan dihidupkan apabila kunci dengan cip yang betul berada dalam slot kunci penyalaan.

c. Jangan terlalu bercerita tentang spesifikasi kenderaan anda kepada pihak umum yang tidak dikenali atau baru dikenali, seperti meletakkan gambar kenderaan anda luar dan dalam serta spesifikasi kenderaan anda di dalam Facebook

Nak pasang gps di kenderaan anda, boleh hubungi kami segera
011 5350 0440
011 5350 0440

Boleh juga whatsapp kami di link di atas






Sunday, 6 May 2018

TIPS KESELAMATAN PENCEGAHAN KECURIAN KENDERAAN

TIPS KESELAMATAN PENCEGAHAN KECURIAN KENDERAAN

Pada kali ini Jabatan Siasatan Jenayah D4 mengongsikan tips mencegah kecurian kenderaan daripada berlaku. Terdapat beberapa kaedah yang digunakan oleh pencuri untuk mencuri kenderaan bermotor termasuklah:

1. Kecurian kenderaan yang tidak diawasi tanpa kunci
Kenderaan yang diparkir dicuri sama ada dengan memecah masuk kenderaan diikuti dengan pendawaian panas (memintas pendawaian suis penghidup) untuk menghidupkan enjin, ataupun dengan menunda kenderaan tersebut.

2. Kecurian dengan capaian kunci
Juga dikenali sebagai "Diambil Tanpa Kebenaran Pemilik". Penggunaan kenderaan yang tidak dibenarkan di mana pemilik membenarkan pemandu menyimpan kunci. Biasanya kes ini melibatkan anak atau pekerja kepada pemilik kenderaan yang mana, dalam beberapa keadaan, dibenarkan untuk menggunakan kenderaan.

3. Kecurian oportunis
Kecurian kenderaan yang pemiliknya meninggalkan kunci pada kenderaan tanpa pengawasan, ada kalanya dengan enjin masih lagi hidup.

4. Rampasan kereta
Merujuk kepada pengambilan kenderaan dengan menggunakan kekerasan atau paksaan terhadap pemandu atau pemiliknya. Di kebanyakan tempat, ia merupakan satu bentuk jenayah berat kerana melibatkan serangan. Dalam beberapa rampasan kereta, pemandu dan penumpangnya dipaksa keluar dari kenderaan sementara pencuri itu memandunya sendiri ke tempat lain, sementara dalam insiden lain pula pemandu serta penumpang dipaksa tinggal di dalam kenderaan sebagai tebusan.
Dalam beberapa kes curi kenderaan yang jarang berlaku pula, pemandu dipaksa memandu ke tempat yang diarahkan oleh penyerang. Kaedah ini digunakan apabila penyerang tidah tahu mengendalikan kenderaan pilihan (seperti helikopter atau kapal terbang).

5. Kecurian penyelewengan
Pemilikan kenderaan haram daripada pemandu melalui pemindahan wang palsu yang mana penjualnya tidak akan memperolehinya (seperti kecurian identiti ataupun penggunaan cek tak laku). Kebanyakan kenderaan yang dicuri menggunakan kaedah ini dijual seberapa segera

Source : Jabatan Siasatan Jenayah D4

Nak pasang gps di kenderaan anda, boleh hubungi kami segera
011 5350 0440
011 5350 0440

Boleh juga whatsapp kami di link di atas





Saturday, 5 May 2018

FAKTA KECURIAN KERETA TAHUN 2016

FAKTA KECURIAN KERETA TAHUN 2016

Pada tahun 2016, menurut statistik daripada PDRM, berikut merupakan 10 kenderaan yang paling banyak dicuri untuk tahun 2016:-
1. Proton Wira
2. Toyota Hilux
3. Perodua Kancil
4. Proton Iswara
5. Proton Waja
6. Perodua Myvi
7. Proton Saga
8. Nissan Vanette
9. Proton Satria
10. Toyota Vios

Nak pasang gps tracker di kenderaan anda, boleh hubungi kami segera
011 5350 0440
011 5350 0440